Tiga daerah di Kedah alami cuaca panas tahap satu

3 Feb 2024 • 6:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di Kedah. Foto Bernama

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu di Baling, Pendang dan Pokok Sena.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di tiga kawasan di Kedah.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, tiga kawasan tersebut adalah Baling, Pendang dan Pokok Sena.

**media[2524835]**

“Setakat jam 4.30 petang, terdapat tiga kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu.

“Amaran cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius," katanya di Facebook pada Sabtu.

Menerusi hantaran berkenaan, bacaan suhu di kawasan lain sekitar Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak normal iaitu kurang daripada 35 darjah Celcius.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved