Tiga Dekad Dalam Industri Seni, Rabbani Buat ‘Comeback’ Dengan Konsert Mega September Ini!

EntertainmentMusic
29 Jul 2025 • 11:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita yang menakjubkan, pihak penganjur konsert terkemuka, Universe Gateaway, mengumumkan kumpulan nasyid lagenda iaitu Rabbani buat julung kalinya akan mengadakan konsert mega.

Difahamkan, konsert ini bakal melakar sejarah selepas Rabbani berada di dalam industri seni selama tiga dekad dan ia dinamakan sebagai Konsert Intifada Rabbani.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Bukan saja akan mendendangkan lagu-lagu nasyid popular seperti Intifada dan Pergi Tak Kembali, bahkan konsert ini akan menjemput kumpulan nasyid lain iaitu Brothers, Yabang dan Aeydan.

Sekadar info, konsert ini difahamkan akan berlangsung pada 20 September 2025 pada jam 8.30 malam yang bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor.

Tiket Konsert Intifada Rabbani ini bermula dijual pada 31 Julai ini di platform Ticket2U dan Fantopia.io.

image is not available 2025-06-14 15:57:52

Sekali Lagi Peminat Hampa, Tiket Konsert Inteam ‘Sold Out’ Dalam Masa Sejam Je!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved