Tiga diselamatkan dari runtuhan 11 hari selepas gempa bumi di Turkiye

18 Feb 2023 • 5:08 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

ANTAKYA : Pasukan penyelamat telah menarik tiga orang hidup-hidup dari bawah bangunan runtuh di Turkiye, 11 hari selepas gempa bumi yang mengorbankan lebih 45,000 orang dan menyebabkan berjuta-juta kehilangan tempat tinggal.

Walaupun banyak pasukan penyelamat antarabangsa telah meninggalkan zon gempa yang luas, namun masih ramai mangsa yang terselamat ditemui.

Hakan Yasinoglu, 40, diselamatkan di wilayah selatan Hatay, 278 jam selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda pada tengah malam pada 6 Februari, kata pasukan bomba Istanbul.

Kerja mencari dan menyelamat kini masih diteruskan dengan harapan masih ramai mereka yang hidup ditemui.

Jumlah orang yang terbunuh di Turkiye telah mencecah 39,672 orang. Kerajaan Syria dan PBB melaporkan lebih 5,800 orang telah mati di Syria.

image is not available

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia