Turkiye: Lebih Ramai Kontraktor, Pemilik Hotel, Pengurus Ditahan Selepas Gempa Bumi

18 Feb 2023 • 12:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pejabat Ketua Pendakwa Raya di Adıyaman memaklumkan seorang kontraktor direman selepas tujuh orang maut akibat runtuhan bangunan yang dibina lima tahun lalu - Gambar Anadolu Agency

ADIYAMAN / ADANA (Türkiye) - Mahkamah Turkiye pada Jumaat mengeluarkan perintah reman ke atas beberapa kontraktor bangunan, serta pemilik dan tiga pengurus hotel selepas gempa bumi besar melanda negara itu minggu lalu.

Pejabat Ketua Pendakwa Raya di Adıyaman dalam satu kenyataan memaklumkan seorang kontraktor direman selepas tujuh orang maut akibat runtuhan bangunan yang dibina lima tahun lalu. 

Waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang lagi suspek yang didakwa subkontraktor bangunan yang sama, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Pemilik dan tiga pengurus Hotel Isias di wilayah Adıyaman turut direman susulan kematian beberapa orang serta ahli pasukan bola tampar Turki Cyprus Utara (TRNC).

Sementara itu, di wilayah selatan Adana, seorang lagi suspek direman atas dakwaan membina bangunan yang tidak sempurna.

Sekurang-kurangnya 39,000 orang terbunuh akibat gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada 6 Februari.

Lebih 13 juta orang terjejas akibat bencana itu.

Beberapa negara termasuk Syria dan Lubnan turut merasai gegaran kuat dalam tempoh kurang 10 jam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved