Tiga Gajah Naik Minyak, Lanyak Vios Sampai Remuk Sebab Kenderaan Belakang Bunyikan Hon

LocalEnvironment
21 May 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Angkara bunyi hon, tiga ekor gajah naik minyak apabila merosakkan sebuah kereta jenis Toyota Vios sehingga hancur namun si pemandunya sempat melarikan diri. Kejadian berlaku di berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, dekat Sungai Lebey, Gerik, malam tadi.

Beberapa gambar yang tersebar meluas di internet menunjukkan kereta berwarna putih itu hancur dilanyak tiga gajah berkenaan. Bampar keret itu dilihat tercabut manakala semua cermin kenderaan itu juga hancur.

image is not available

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata dalam kejadian itu, mangsa berusia 39 tahun yang memandu Toyota Vios memberhentikan kenderaannya apabila mendapati sekumpulan gajah sedang melintas jalan sebelum hon dibunyikan oleh kenderaan yang berada di belakangnya.

"Pengadu (mangsa) memberhentikan kereta dan mematikan lampu, namun terdengar bunyi hon kenderaan dari arah belakang sebelum tiga ekor gajah tiba-tiba menghampiri keretanya.

"Pemandu dalam keadaan panik sempat keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri. Sesudah kawanan gajah terbabit beredar, pengadu hadir ke balai polis untuk membuat aduan," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak membunyikan hon atau menggunakan lampu tinggi serta mengambil langkah-langkah keselamatan yang lain apabila berhadapan dengan gajah.