Tiga Hari Tak Keluar Rumah & Siling Berdarah, Penyewa Terkejut Temui Mayat Di Unit Atas

10 Apr 2025 • 5:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki warga emas dipercayai sudah tiga hari tidak keluar ditemui meninggal dunia di sebuah rumah kedai dihuninya.

Penemuan jasad itu mengejutkan orang ramai terutama penyewa yang mengadu kepada pihak berkuasa berhubung bau busuk dan titisan cecair dari siling biliknya.

image is not available

image is not available

Tiga Hari Tak Keluar Rumah, Rupanya…

Menurut penyewa terbabit, unit di tingkat atas dihuni seorang lelaki warga emas yang tidak kelihatan sejak tiga hari lalu.

“Ada darah menitis. Pak cik tu dah tiga hari tak keluar rumah. Pintu pun tak boleh dibuka,” katanya salah seorang anggota bomba, Norman Affan yang memuat naik video berkenaan di platform TikTok.

image is not available

Dalam video dimuat naik, dilihat sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudiannya bergegas ke lokasi dan memecah masuk unit berkenaan sebelum menemui mayat mangsa di dalam sebuah bilik.

image is not available

image is not available

Pun begitu, punca kematian tidak diketahui, namun beliau menitipkan pesanan agar selalu berhubung dengan ibu bapa terutama mereka yang tinggal bersendirian dan berjauhan daripada anak-anak.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan penemuan titisan darah dari unit atas itu adalah salah satu asbab berbentuk pertolongan daripada Allah buat si mati agar jasadnya dapat disemadikan dengan sempurna.

Ini kerana mangsa meninggal dunia di kawasan rekahan yang menyebabkan darahnya menitis ke unit bawah rumah dihuninya.

Sumber: TikTok @norman_affan