Tiga identiti mangsa kepala air Sungai Pertak dikenal pasti

10 Nov 2026 • 2:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga identiti mangsa kepala air Sungai Pertak dikenal pasti
Mangsa pertama ditemukan ialah lelaki warga tempatan yang dijumpai anggota bomba di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi Selasa. Foto Bernama
Image from: Tiga identiti mangsa kepala air Sungai Pertak dikenal pasti
Wan Md Razali
Image from: Tiga identiti mangsa kepala air Sungai Pertak dikenal pasti
Operasi SAR tiga lagi mangsa yang hilang dalam insiden kepala air di Lata Jebus, Air Terjun Sungai Pertak di Kampung Pertak diteruskan hingga ke Empangan Sungai Selangor. Foto Bernama

HULU SELANGOR – Identiti tiga daripada lima mangsa yang ditemukan meninggal dunia selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini pada Isnin, sudah dikenal pasti.

Mangsa pertama ditemukan ialah V Vijayan, 36, yang dijumpai anggota bomba di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi Selasa, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata, dua lagi mangsa yang dikenal pasti ialah Kapali, 49, warga Nepal dan B Kunjanmalayil, 35, warga India.

**media[3705613]**

"Dua lagi mangsa yang telah ditemui belum dapat dikenal pasti identitinya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, operasi pada Selasa membabitkan 45 anggota JBPM, 25 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tiga anggota polis dan lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batang Kali.

Turut terlibat tiga anggota Pejabat Tanah Hulu Selangor, tiga anggota Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan dua malim gunung.

**media[3705618]**

Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang Isnin, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak, diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Senarai mangsa dihanyutkan

1. Al Maamari Ahmed Hadi Ali, 20 (Yemen)

2. V Vijayan, 36 (Malaysia)

3. B Kunjanmalayil, 35 (India)

4. Chinnasamy Duraimurugan, 36 (India)

5. Monikkoth Raghunath (India)

6. Kapali, 49 (Nepal)

7. Seorang lelaki (warganegara Sri Lanka)

8. Seorang lelaki (warganegara India)

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved