
Tiga Jalan Sekitar Putrajaya Ditutup Rabu Ini Sempena Sambutan Hari Pahlawan
Tiga jalan sekitar kawasan Putrajaya bakal ditutup secara berperingkat pada Rabu ini sempena sambutan Hari Pahlawan di Laman Putra 4 Presint 1.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, laluan terlibat termasuklah Jalan Persiaran Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur, Laluan sekitar Kompleks E.
“Penutupan jalan secara sementara bermula jam 7.30 pagi dan akan dibuka semula secara berperingkat setelah tetamu kehormat melalui dan selamat sampai ke majlis tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan.
“Bagi laluan kenderaon di Bulatan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah akan diberhentikan seketika semasa lagu Negaraku berkumandang dan dibuka semula selesai acara tembakan meriam dilakukan,” katanya.
Menurut beliau, seramai 82 pegawai dan anggota bakal ditempatkan di lokasi berkenaan untuk membantu mengawal lalu lintas sepanjang program tersebut berlangsung.
“Pengguna jalan raya terutama petugas yang akan melalui lokasi penutupan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan hadir awal ke pejabat bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-8886 2138 ataupun Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian
The post Tiga Jalan Sekitar Putrajaya Ditutup Rabu Ini Sempena Sambutan Hari Pahlawan appeared first on Siakap Keli.
