Tiga kanak-kanak Indonesia disatukan semula dengan keluarga

LocalFamily & Parenting
12 Jun 2026 • 5:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga kanak-kanak Indonesia disatukan semula dengan keluarga
Siew Khim (empat dari kanan) menyerahkan tiga kanak-kanak warga Indonesia kepada Nelvy (empat dari kiri) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Jumaat.

GEORGE TOWN – Tiga kanak-kanak warganegara Indonesia yang pernah melalui detik sukar selepas didapati terabai sejak lahir, akhirnya kembali ke pangkuan keluarga masing-masing selepas hampir satu fasa hidup mereka berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Proses penghantaran pulang yang berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Jumaat menyaksikan kanak-kanak berusia antara 1 hingga 3 tahun itu diserahkan kepada keluarga mereka di Indonesia selepas usaha mengesan waris berjaya dilakukan.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata, kejayaan itu membuktikan kepentingan kerjasama rentas agensi dalam memastikan hak serta kebajikan kanak-kanak terus terpelihara.

Menurutnya, setiap kanak-kanak berhak menerima kasih sayang, perlindungan dan membesar dalam persekitaran keluarga yang selamat.

“Setiap kanak-kanak berhak mendapat kasih sayang, perlindungan dan peluang untuk membesar dalam persekitaran keluarga yang selamat.

“Kepulangan mereka hari ini diharap dapat membuka lembaran baharu yang lebih baik bersama keluarga masing-masing,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, sebelum ini, ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan ditempatkan di bawah jagaan dan perlindungan JKM selepas dikesan mengalami situasi pengabaian sejak lahir.

Susulan itu, Siew Khim berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan waris mereka di Indonesia bagi memastikan mereka dapat kembali bersama keluarga kandung.

"Usaha berkenaan berjaya hasil kerjasama antara JKM, Konsulat Jenderal Republik Indonesia dan Jabatan Imigresen Malaysia yang menyelaras proses pengesahan waris, dokumentasi serta urusan penghantaran pulang.

"Saya juga menzahirkan penghargaan kepada Konsul Konsuler II dari Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Nelvy Meilia Syah, Pengarah JKM Pulau Pinang, Rozita Ibrahim, Jabatan Imigresen Malaysia serta pasukan Bahagian Kanak-Kanak JKM atas komitmen sepanjang proses tersebut," ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan Pulau Pinang akan terus memastikan aspek kebajikan, perlindungan dan hak kanak-kanak menjadi keutamaan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani dan Penang 2030.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved