Tiga kawasan di Shah Alam bakal sesak minggu akhir Ramadan

12 Apr 2023 • 3:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Iqbal ketika ditemui di IPD Shah Alam pada Rabu.

SHAH ALAM - Tiga lokasi di Shah Alam dijangka mengalami kesesakan susulan persiapan masyarakat menyambut Aidilfitri menjelang minggu akhir Ramadan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tiga lokasi dikenal pasti melibatkan Seksyen 13, Seksyen 24 dan Seksyen 7.

"Ketiga-tiga lokasi ini dikenal pasti menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli-belah di premis perniagaan dan bazar raya kawasan tersebut.

"Susulan itu, rondaan dan tindakan penguatkuasaan akan ditingkatkan di lokasi berkenaan. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang didapati meletakkan kenderaan sehingga menghalang lalu lintas," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Rabu.

Katanya, selain itu pihaknya turut mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi memastikan urusan orang ramai berjalan dengan lancar.

Jelas beliau, pihaknya akan melaksanakan operasi bersepadu khas bagi mencegah jenayah pada minggu akhir menjelang Aidilfitri ini.

"Ia termasuk melibatkan pemeriksaan di kawasan premis perniagaan dan bank yang dipenuhi orang ramai untuk urusan pengeluaran dan penukaran wang," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Iqbal berkata, lebih 900 pegawai dan anggota akan bertugas di kawasan Shah Alam pada Aidilfitri nanti.

"Penugasan ini melibatkan rondaan, operasi dan penguatkuasaan melibatkan pelbagai unit PDRM di Shah Alam ini.

"Dalam masa sama masyarakat turut diingatkan agar sentiasa mementingkan aspek keselamatan termasuk mengisi borang balik kampung sebelum pulang ke kampung," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved