“Tiga Lapisan Kain Baju Koyak, Melecur..” – Menggerikan! Lelaki Kongsi Detik Cemas Leher Dililit Tali Layang-Layang Sewaktu Tunggang Motosikal

22 Jul 2025 • 12:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, seorang lelaki berkongsikan detik cemas selepas terkena tali layang-layang sewaktu sedang menunggang motosikal berhampiran Taman Tasik Metropolitan Kepong, semalam.

Cedera akibat tali layang-layang

Menurut lelaki bernama Muhammad Faris Rosaidee, dia ketika itu dalam perjalanan dari rumahnya di Batu Caves menuju ke Bandar Sri Damansara untuk bertemu rakan.

Namun, ketika melalui kawasan Taman Tasik Metropolitan Kepong, dia merasakan sesuatu menyentuh badan, sebelum tali layang-layang itu melilit lehernya.

Ada tiga lapisan kain di badan (pakaian dipakainya ketika itu), jaket, baju selain beg galas. Ketiga-tiganya koyak sehingga terkena kulit bahu sedikit. Doktor kata cuma lapisan pertama kulit yang terjejas, macam melecur… tak berdarah pun dan saya sudah ke klinik berhampiran untuk rawatan.

Kejadian pernah berlaku pada orang lain di kawasan sama

Bagaimanapun, lelaki tersebut tetap berasa bersyukur kerana memakai penutup khas hingga menutup leher, yang sedikit sebanyak mengurangkan kesan cedera di bahagian lehernya.

Kata Faris, kejadian tersebut bukan terpencil susulan sebelum ini ada beberapa individu yang turut mendakwa terkena tali layang-layang sepertinya.

Saya buat video itu untuk kesedaran, yang bertanyakan berkenaan saya, Alhamdulillah kesihatan saya tidak terjejas sangat, cuma saya risau jika berlaku kepada orang lain nanti.

image is not available 2025-07-21 14:12:31

"Siapa Kata Boleh Beli Rumah Mewah & Peroleh Beribu Ringgit?" - Pendapatan Pekerjaan 'Rider' Dah Tak 'Masyuk'?