Tiga lelaki cedera ringan terkena letupan ketika isi gas penyaman udara

21 Oct 2024 • 9:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Tiga lelaki cedera ringan selepas terkena impak letupan semasa melakukan kerja-kerja pengisian gas penyaman udara di sebuah kompleks beli-belah di Chow Kit di sini kira-kira 3 petang tadi.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat berkata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 3.20 petang.

“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bersama jentera Light Fire Rescue Tender kemudian bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi tiga mangsa masing-masing seorang lelaki warga tempatan yang merupakan wakil pengurusan bangunan itu, dan dua lelaki warga Myanmar yang bekerja sebagai kontraktor penyaman udara didapati terkena impak daripada letupan itu, selain terdapat runtuhan siling premis di tingkat tujuh kompleks berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rozihan Anwar berkata mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut dan tiada sebarang kebakaran yang berlaku, manakala operasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved