Tiga Lelaki Didakwa Bunuh Dan Bakar Mayat Mohamed Afiq Kerana Hutang RM7,000

19 Jul 2024 • 5:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
hutang

Bab hutang ni memang tak boleh buat main kawan-kawan. Macam kes bunuh dan bakar mayat kawan yang berlaku dalam negara kita ni, ia berkait dengan hutang.

Memetik laporan Harian Metro, tiga sekawan didakwa di Mahkamah Majistret selepas dipercayai membunuh seorang lelaki yang kemudian membakar mayat mangsa di semak berhampiran Empangan Semenyih.

Mereka semua ni orang Melayu, Islam tau. Mana pergi iman masa bunuh tu? Antara yang ditahan adalah Zulkarnai Md Ariffin, 44, Muhamad Iqbal Zainal, 30 dan Syed Fikri Barakbah Syed Mohd Bakri, 28.

Mangsa pula dikenali sebagai Mohamed Afiq Hamda, 29 yang dipercayai dibunuh di Jalan Hulu Langat, Batu 16 Dusun Tua kira-kira jam 3 pagi pada 22 Jun 2024.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh dihukum mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 sebatan.

Sebelum ini, siasatan mendapati mangsa berhutang sebanyak RM7,000 menyebabkan suspek bertindak membunuh. Ketika pemeriksaan juga, semua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

image is not available

Jap!