Marah Kerana Tidak Mandi, Lelaki Tekad Bunuh Isteri

16 Jul 2024 • 3:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Marah Kerana Tidak Mandi, Lelaki Tekad Bunuh Isteri

Seorang lelaki dalam keadaan mabuk telah memukul isterinya dengan sebatang kayu sehingga mati selepas marah kerana isterinya tidak mandi.

Difahamkan, dia kemudiannya memindahkan mayat isterinya ke kerusi, mendakwa tidak menyedari bahawa isterinya sudah meninggal dunia, lapor Thaiger.

Penyiasat di Balai Polis Mueang Roi Et, Leftenan Phayung Kulkhamsaeng, menyatakan bahawa pihaknya menerima laporan berkaitan insiden terbabit pada jam 10.50 malam, 14 Julai lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah rumah di Ban Tab Tao, daerah Mueang, wilayah Roi Et, Bangkok.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis serta doktor dari Hospital Roi Et dan pasukan perubatan dari Organisasi Pentadbiran Subdaerah Khon Kaen mendapati mangsa, 44, ditemui meninggal dunia di dalam bilik air di rumah berhampiran.

Siasatan mendapati bahawa mangsa mengalami kecederaan di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Mayat tersebut kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Roi Et untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Sementara itu, suspek, 53, yang juga suami kepada mangsa, ditemui bersembunyi di bilik air rumah berdekatan dan segera ditahan oleh pihak polis.

Menurut keterangan jiran, pasangan tersebut dipercayai kerap meminum alkohol bersama dan sering bertengkar ketika mabuk.

Pada hari kejadian, berlaku pertengkaran antara mereka apabila suspek menyuruh isterinya mandi.

Semasa soal siasat, suspek mengaku telah memukul isterinya dengan kayu dalam keadaan mabuk tetapi mendakwa tidak menyedari bahawa isterinya telah meninggal dunia.

Dia menjelaskan bahawa dia telah memindahkan isterinya ke kerusi dan cuba membawanya ke bilik air untuk mandi.

Setelah menyedari bahawa isterinya tidak bertindak balas, dia kemudian meminta bantuan jiran, pada mulanya mendakwa bahawa isterinya telah tergelincir dan jatuh di bilik air.

Namun, selepas disoal siasat lebih lanjut oleh polis, dia mengakui serangan tersebut, menyatakan bahawa dia telah menggunakan kayu yang diletakkan di luar bilik air untuk memukul kepala isterinya.

Dalam pada itu, polis telah menahan suspek dan mengumpul bukti untuk meneruskan tindakan undang-undang.

Pihak polis kini dalam proses mengumpulkan kenyataan saksi dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan bagi memastikan siasatan dan pendakwaan yang menyeluruh, lapor KhaoSod.

Sumber: Thaiger