Tiga lelaki ditahan disyaki seludup hampir 2 tan karkas khinzir

6 Jan 2025 • 9:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salah seorang suspek ditahan bersama karkas khinzir dianggar bernilai RM165,696 di Kampung Tasek Kwong, Lubok Stol, Rantau Panjang, Sabtu lepas. Foto: PGA

KOTA BHARU - Tiga lelaki ditahan kerana disyaki menyeludup hampir 2,000 kilogram karkas khinzir dianggar bernilai RM165,696 di Kampung Tasek Kwong, Lubok Stol, Rantau Panjang, Sabtu lepas.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemua yang berusia 30 hingga 44 tahun itu ditahan pada jam 2.30 petang ketika menaiki sebuah lori.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati karkas khinzir tanpa dokumen sah daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu disorokkan di dalam lori terbabit.

"Mereka dipercayai bertindak sebagai penghantar untuk menyeludup karkas khinzir itu ke pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Nik Ros Azhan berkata, kesemua suspek bersama barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 (Akta 647).

Beliau berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan selepas anggota PGA menahan kenderaan dipandunya dan pemeriksaan menemukan pelbagai barangan runcit dipercayai dari Thailand tanpa dokumen sah.

"Barangan dirampas dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983,” katanya. - Bernama