Tiga lelaki lindungi PTI didenda

4 Nov 2022 • 5:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Tiga lelaki didenda kerana membenarkan pendatang tanpa izin tinggal di premis di bawah jagaan mereka dan menggaji seorang pendatang asing tanpa izin (PTI).

Wong Nyuk Hiong, 71, Rosli Aris, 43, dan Ho Wui Ching @ Leslie W.C Ho, 41, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada pertuduhan terhadap mereka.

Wong didenda sejumlah RM20,000 kerana membenarkan empat wanita warga Indonesia, yang tidak mempunyai sebarang dokumen, tinggal di premisnya pada jam 3.20 petang 11 Ogos tahun ini di Pusat Refleksologi & Kecantikan Mutiara di Jalan Tugu, Kg Air, di sini.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara sebulan bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit.

Mahkamah membenarkan permohonan Wong untuk membayar denda secara ansuran di mana bayaran pertama pada Khamis adalah sebanyak RM5,000, bayaran kedua RM5,000 pada atau sebelum 30 Nov tahun ini dan pembayaran ketiga sebanyak RM10,000 pada atau sebelum 16 Dis tahun ini.

Mahkamah menetapkan 16 Dis tahun ini untuk semakan pembayaran.

Sementara itu, Ho didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana membenarkan seorang warga Filipina yang tidak mempunyai sebarang dokumen, tinggal di Kiosk No 21, Lot 1, Gudang Tampa Bridge di Tamparuli, Tuaran pada jam 10.35 pagi, 13 Sept tahun ini.

Kesalahan mengikut Seksyen 55E(2) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit.

Sementara itu, Rosli diperintah membayar denda RM10,000 atau penjara dua bulan kerana menggaji seorang warga Indonesia untuk bekerja di Pusat Kecantikan Rika Spa di Putatan Point pada jam 10.45 malam 13 Sept tahun ini.

Semasa rayuan, ketiga-tiga mereka meminta denda rendah.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Tan Tze Mee dari Jabatan Imigresen menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran bukan sahaja kepada pesalah tetapi juga orang awam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.