Tiga lelaki Orang Asli maut, lori simen jatuh gaung di Lojing

15 May 2024 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KOTA BHARU, 15 MEI: Tiga lelaki Orang Asli maut selepas lori simen yang dinaiki mereka terbalik sebelum terjatuh ke dalam gaung di Lojing, Gua Musang hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata kesemua mangsa yang berusia 40-an maut di tempat kejadian.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam10.40 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 12.41 tengah hari ini.

“Seramai 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membawa ketiga-tiga mangsa keluar dari gaung itu.

“Kerja-kerja membawa keluar kesemua mangsa selesai pada jam 2.22 petang tadi dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian kesihatan (KKM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mayat ketiga-ketiga mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved