Lori Simen Jatuh Gaung, 3 Lelaki Orang Asli Maut

15 May 2024 • 8:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa dari kawasan kejadian - Gambar JBPM

KOTA BHARU - Tiga lelaki Orang Asli maut selepas lori simen yang dinaiki mereka terbalik sebelum terjatuh ke dalam gaung di Lojing, Gua Musang hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, kesemua mangsa yang berusia 40-an itu maut di tempat kejadian.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.40 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 12.41 tengah hari tadi.

"Seramai 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membawa ketiga-tiga mangsa keluar dari gaung itu.

"Kerja-kerja membawa keluar kesemua mangsa selesai pada jam 2.22 petang tadi dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mayat ketiga-ketiga mangsa diserahkan kepada pinak polis dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved