Tiga maut dilanggar tren komuter di landasan KTMB dekat Kajang

4 Mar 2024 • 8:55 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30 dan 40-an maut selepas dilanggar tren komuter dalam kejadian di landasan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dekat Taman Puncak Utama Jade Hill, Kajang, Selangor malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, kejadian berlaku pada jam 10.53 malam dengan mangsa dipercayai menceroboh masuk ke kawasan landasan berkenaan.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang seramai lima orang telah bergegas ke lokasi kejadian dengan jentera FRT sejurus selepas menerima panggilan kecemasan.

Komander Operasi, Salleh Bahran berkata, kesemua mangsa tidak tersepit dan telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya. - 4 Mac, 2024