Tiga maut disambar petir: Mangsa dua beradik, sepupu

9 Nov 2026 • 10:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga maut disambar petir: Mangsa dua beradik, sepupu

SEPANG – Identiti tiga mangsa maut disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, petang tadi telah dikenal pasti.

Mereka yang maut termasuk dua beradik iaitu Mohd. Sahrif Marusin, 26, yang bekerja sebagai pencuci kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan adiknya, Mohd. Ahzam, 16.

Seorang lagi mangsa yang maut dalam kejadian sama dikenali sebagai Mohd. Safwan Aksan, 18, dipercayai sepupu dua beradik tersebut.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.34 petang di padang awam berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang itu, ketiga-tiga mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan Hospital Putrajaya.

Ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah sebatang pokok.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan tiga jasad yang sudah bertutup dengan kain batik terbaring di bawah pokok.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa berada di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki rosak. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga maut disambar petir: Mangsa dua beradik, sepupu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved