Tiga maut kemalangan selepas hantar anak ke universiti

23 Nov 2026 • 9:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tiga maut kemalangan selepas hantar anak ke universiti

TANGKAK, 23 NOV: Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas di Kilometer 159.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak DSP Jamellulkamal Abdul Halim berkata kemalangan kira-kira 1.15 tengah hari itu berlaku ketika MPV jenis Nissan Serena dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru selepas menghantar ahli keluarga ke sebuah universiti di Melaka.

Beliau berkata siasatan awal mendapati MPV itu dipercayai terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum melanggar besi penghadang.

“Kemalangan itu mengakibatkan tiga penumpang maut iaitu seorang wanita berusia 49 tahun yang berada di tempat duduk penumpang hadapan, serta seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang duduk di bahagian belakang.

“Pemandu MPV bersama dua lagi penumpang yang cedera telah dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jamellulkamal berkata mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved