Serang Pelajar 17 Tahun Secara Seksual, Guru Direman 7 Hari

23 Nov 2026 • 8:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Serang Pelajar 17 Tahun Secara Seksual, Guru Direman 7 Hari

KUALA TERENGGANU - Seorang guru lelaki berusia 48 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan serangan seksual secara fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di sebuah pusat penginapan kursus di Kuala Telemong.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.30 pagi, 19 November lalu.

Menurut beliau, ia membabitkan seorang pelajar yang ketika itu sedang menyertai program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

“Suspek yang juga merupakan guru kepada mangsa ditahan pada jam 3 petang, 21 November lalu.

“Perintah reman selama tujuh hari telah diperoleh terhadap suspek sehingga 28 November 2026 bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sharudin berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, berkaitan kesalahan serangan seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kes berkenaan menerusi media sosial.

Katanya, tindakan sedemikian boleh menjejaskan kelancaran siasatan serta hak dan kepentingan mangsa. - Getaran, 23 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved