
KUNAK: Tiga orang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Iswara dengan sebuah pacuan empat roda (4-WD) jenis Isuzu Dmax di Jalan Kunak-Tawau, dekat Ladang Giram di sini, petang Sabtu.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.20 petang menerusi talian MERS999.
Sepasukan anggota yang diketuai oleh Komander Operasi PBKII KUP Oma Tome bersama sebuah jentera FRT dan kenderaan EMRS bergerak ke lokasi kejadian yang jaraknya 16 kilometer dari balai bomba.
Pasukan tiba di lokasi kejadian pada jam 3.40 petang.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Pegawai perubatan KKM mengesahkan tiga orang yang menaiki Proton Iswara meninggal dunia di lokasi kejadian. Tiga yang maut termasuk dua lelaki berumur 30-an dan 41 tahun, dan seorang wanita warga emas berusia 74 tahun.
Tiga mangsa maut itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Tiga orang yang menaiki Isuzu D-Max cedera, sementara seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya yang turut terlibat dalam kemalangan sama juga cedera.
Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dari kenderaan tersebut.
“Mangsa cedera diberikan rawatan awal oleh anggota bomba dan pasukan paramedik KKM di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans Hospital Kunak dan kenderaan EMRS Bomba,” katanya.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.50 petang selepas memastikan tiada kemerbahayaan lain, katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
