Tiga Maut, Seorang Cedera Kereta Terbabas Di LPT

12 Nov 2022 • 11:35 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tiga Maut, Seorang Cedera Kereta Terbabas Di LPT

KUANTAN, 12 Nov (Bernama) — Tiga maut manakala seorang lagi cedera apabila kenderaan dinaiki mereka dipercayai terbabas di Kilometer 165.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) arah barat, di Maran hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mereka yang maut ialah dua wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa, namun identiti mereka masih belum diketahui.

“Bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada 8.10 pagi dan setiba di lokasi kejadian, kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dengan dua daripada mangsa yang maut tersepit di dalam kenderaan itu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata jenazah mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan difahamkan dibawa ke Hospital Jengka, Maran untuk bedah siasat.

Sumber: BERNAMA