Tiga maut, Toyota Vellfire terbabas masuk parit

1 Jun 2024 • 11:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki dan dua wanita terperangkap dalam MPV selepas terbabas masuk parit di Jalan Skudai, Johor Bahru pada Sabtu.

JOHOR BAHRU - Tiga maut termasuk dua wanita selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 5 Jalan Skudai di sini pada Sabtu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penguasa Bomba Kanan I Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan yang berlaku di hadapan sebuah hotel pada jam 7.20 pagi.

Susulan itu katanya, seramai 12 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Vellfire terbabas dan masuk ke dalam parit dengan kedalaman kira-kira dua meter.

"Terdapat tiga mangsa terperangkap dalam kenderaan. Pihak bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa menggunakan tali dan stetcher," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir di tempat kejadian.

Katanya, semua mayat diserahkan kepada pihak polis dan operasi tamat pada jam 8.40 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!