Tiga Model Wacom Cintiq Baharu Dilancarkan Dengan Rekaan Lebih Nipis

TechnologyDigital
5 Jun 2025 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semasa di universiti, cara paling mudah mengenalpasti pelajar mana yang kaya ialah dengan melihat kelengkapan mereka. Yang menggunakan tablet Wacom ialah orang ada-ada tetapi yang memiliki Wacom Cintiq pula dianggap golongan ria diraja. Hari ini tiga model Wacom Cintiq baharu telah dilancarkan dengan rekaan yang lebih nipis.

image is not available

Tiga model yang dilancarkan ialah Cintiq 16, Cintiq 24 dan Cintiq 24 Touch. Ketiga-tiganya dengan bezel yang lebih nipi, dan tubuh lebih ringan. Kesemua model juga menyokong stylus baharu Pro Pen 3 dengan 8192 tahap tekanan, mengesan sudut sendeng sehingga 60 darjah, hadir dengan tiga butang dan masa pendam 12ms. Seperti semua stylus Wacom, Pro Pen 3 tidak memerlukan bateri untuk berfungsi.

image is not available

Ketiga-tiga turut menyokong resolusi 2.5K dengan kadar segar semula 60Hz. Permukaan kalis silau yang digunakan turut memberikan tekstur seakan permukaan kertas apabila digunakan bersama Pro Pen 3. Sambungan kepada komputer boleh dilakukan menggunakan USB-C, HDMI dan USB-A.

Harga jualan ketiga-tiga model Wacom Cintiq ini adalah seperti di bawah.

  • Wacom Cintiq 16 – $699.95 (~RM 2970)
  • Wacom Cintiq 24 – $1299.95 (~RM 5515)
  • Wacom Cintiq 24 Touch – $1499.95 (~RM 6364)