Tiga muka baharu antara 6 calon SAPP 

LocalPolitics
8 Nov 2025 • 3:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Parti Maju Sabah (SAPP) menampilkan tiga muka baharu daripada enam calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Negeri Sabah pada 29 Nov ini.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, mengumumkan senarai calon itu di ibu pejabat parti di sini, Jumaat, menjadikan SAPP parti pertama mengumumkan calonnya bagi PRN kali ini.

Calon terbabit ialah Yong Yit Jee (Likas), Gee Tien Siong (Luyang), Datuk Edward Dagul (Limbahau), Datuk Japiril Suhaimi (Kundasang), Henley Liew Yun Ye (Tanjung Papat) dan Yvonne Yong Yit Phung (Segama).

Tiga muka baharu yang diketengahkan ialah Yit Jee, Henley Liew dan Yvonne Yong.