Tiga PBT Selangor raih pengiktirafan SPB-PBT 2026 dalam penarafan kebangsaan

13 Sep 2026 • 9:40 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tiga PBT Selangor raih pengiktirafan SPB-PBT 2026 dalam penarafan kebangsaan

SHAH ALAM, 13 SEPT: Tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor menerima pengiktirafan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2026 yang diumumkan semalam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meraih tempat pertama bagi kategori Majlis Bandaraya, manakala Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menduduki tempat kedua kategori Majlis Perbandaran.

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pula meraih tempat ketiga bagi kategori Majlis Daerah.

Pengiktirafan itu diumumkan sempena Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026.

“Penghargaan ini mencerminkan komitmen seluruh warga kerja ketiga-tiga PBT dalam memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Amirudin berharap pencapaian berkenaan menjadi pemangkin kepada semua PBT di Selangor untuk terus memberikan perkhidmatan yang cekap, responsif dan berintegriti.

Menurutnya, pengiktirafan sebenar adalah apabila usaha dan kejayaan PBT dapat dirasai rakyat menerusi persekitaran yang lebih bersih, selamat, mampan dan selesa.

“Syabas dan tahniah,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved