109 PBT catat penurunan penarafan bintang – Kor Ming

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 2:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 109 PBT catat penurunan penarafan bintang – Kor Ming

SEBERANG PERAI – Sebanyak 109 daripada 154 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara mencatatkan penurunan dalam Sistem Penarafan Bintang PBT (SPB-PBT) 2026, sekali gus menunjukkan keperluan untuk memperkukuh prestasi serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, hanya empat PBT merekodkan peningkatan penarafan, manakala 41 lagi mengekalkan pencapaian masing-masing.

Menurutnya, keputusan penilaian berkenaan tidak seharusnya dianggap sebagai kegagalan, sebaliknya menjadi petunjuk bahawa masih banyak ruang untuk PBT melakukan penambahbaikan.

“Kita tidak mahu sikap masuk bakul angkat sendiri atau syok sendiri kerana itu tidak mencerminkan prestasi sebenar. Semua PBT diharap mengadaptasi dan buat perubahan positif supaya disanjung, dihormat dan disenangi rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2026 di Bertam, di sini.

Kor Ming berkata, penilaian tahun ini turut melalui pembaharuan dengan kaedah penilaian dalam talian sepenuhnya serta memberi tumpuan kepada pencapaian hasil (outcome), bukan hanya berdasarkan output.

Mengulas keputusan keseluruhan, beliau berkata 32 PBT menerima penarafan lima bintang, 60 PBT empat bintang, 44 PBT tiga bintang, 13 PBT dua bintang manakala lima PBT hanya memperoleh satu bintang. – KOSMO! ONLINE

The post 109 PBT catat penurunan penarafan bintang – Kor Ming appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved