Tiga Pegawai TUDM Antara Enam Didakwa Edar 96.2kg Syabu Guna Aset Tentera, Berdepan Hukuman Mati

27 Nov 2026 • 11:14 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati Berita

  • Tiga pegawai TUDM dan tiga orang awam didakwa mengedar 96.2kg syabu menggunakan aset TUDM.
  • Mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
  • Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan, dan sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Februari 2027.

Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama tiga orang awam hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mengedar 96.2 kilogram syabu menggunakan aset TUDM.

Mereka ialah Leftenan Amir Ariffudin Aminullah, 33, Leftenan Muhammad Arief Fauzan Mohd Ali, 27, Kapten Muhammad Amirul Faisall Rosdin, 34, Tan Sui Seng, 48, Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin, 28, dan Afifah Amdas, 34.

Kesemua tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Didakwa Edar Syabu Di Pangkalan TUDM Subang

Saifuddin nasution 3 tan syabu

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah itu di Pangkalan TUDM Subang pada jam 6.50 petang, 17 November lalu.

Empat lelaki dan dua wanita tersebut didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman mati, atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan jika tidak dihukum mati.

Baca Juga: Syabu 3 Tan Bernilai RM156 Juta Diseludup Melalui Dua Pangkalan TUDM Sejak Ogos 2024

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan, dan menetapkan 23 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Sazali Omar, Mohd Fairuz Johari dan Nur Amirah Zahari. Dua tertuduh wanita masih belum diwakili peguam.

13 Ditahan Dalam Operasi

Mahkamah tolak alasan hanya ejen dalam kes skim emas (gambar hiasan)
Foto: Wesley Tingey / Unsplash

Pendakwaan ini susulan penahanan 13 individu, iaitu tujuh pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam, dalam operasi di Lembah Klang dan Labuan antara 17 hingga 19 November lalu.

Mereka disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah menggunakan aset TUDM.

Selain enam tertuduh yang didakwa hari ini, tujuh lagi dikenakan tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

The post Tiga Pegawai TUDM Antara Enam Didakwa Edar 96.2kg Syabu Guna Aset Tentera, Berdepan Hukuman Mati appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved