Tiga pekerja kontraktor maut terkena renjatan

14 Dec 2024 • 12:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Tiga pekerja kontraktor maut akibat terkena renjatan ketika melakukan kerja-kerja pemasangan lampu solar di pekarangan bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) sini, kira-kira 10.40 pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib memaklumkan mangsa dikenali sebagai Gimbal, 25, Salleh, 34, dan Wong, 54, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan.

Advertisement“Kami menerima panggilan pada jam 10.46 pagi menerusi talian MERS999 mengenai kejadian itu, dan sepasukan tujuh anggota yang diketuai oleh saya sendiri dan Komander Operasi PBKII Mastin Suli bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi yang terletak 1 kilometer dari balai, kami mendapati terdapat empat pekerja kontraktor sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan lampu solar di JKR Ranau, di mana tiga mangsa terkena renjatan dan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi tidak cedera,” katanya, menambah pekerja lelaki terselamat itu dikenali sebagai Dani berusia 20an.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Siasatan awal mendapati dua pekerja itu sedang memasang panel solar, apabila salah satu panel berkenaan tersentuh kabel aktif dan menyebabkan dua pekerja itu terkena renjatan sebelum rebah ke tanah.

“Seorang lagi pekerja dipercayai penyelia cuba memeriksa kedua-dua mangsa, namun turut terkena renjatan,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata pihaknya memindahkan mayat mangsa ke tempat selamat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Selepas memastikan tiada lagi bahaya, operasi ditamatkan kira-kira jam 12.03 tengah hari.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Turut hadir, lima kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd, lapan anggota polis dan tiga kakitangan perubatan.