Tiga penagih tegar dipenjara, sebatan

1 Mar 2024 • 2:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Tiga lelaki, yang mempunyai beberapa sabitan lampau mengambil dadah, dipenjara antara tujuh tahun dan lima tahun dan diperintahkan dikenakan sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan kesalahan sama.

Thomas Philip, 37, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga kali sebatan rotan oleh Hakim Amir Shah Amir Hassan selepas dia mengaku mengambil methamphetamine dan amphetamine pukul 12.20 tengah hari pada 16 Julai, 2021 di Ranau.

Pertuduhan menyatakan Thomas mempunyai satu rekod sabitan di bawah Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Thomas melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(2) Akta sama, yang membawa hukuman penjara antara tujuh tahun dan 13 tahun dan sebatan tidak kurang daripada tiga kali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Dia juga diperintahkan agar diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menjalani hukuman.

Sementara itu, dua lagi lelaki Fauzih Abdullah, 36, dan Eddy James, 45, masing-masing dipenjara lima tahun dan diperintah dikenakan satu sebatan rotan kerana mengambil dadah jenis sama untuk kali ketiga dan keempat, masing-masing.

Fauzih dan Eddy mengaku bersalah di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim melakukan perbuatan itu masing-masing pada 28 Nov, 2023 dan 28 Dis, tahun sama, di sini.

Pertuduhan ke atas Fauzih menyatakan dia mempunyai tiga rekod sabitan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB manakala Eddy mempunyai dua rekod sabitan juga di bawah Seksyen sama.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) dibaca bersama Seksyen 39C(1)(b) ADB, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun dan tujuh tahun dan tidak lebih daripada tiga kali sebatan rotan.

Peguam Datuk Norbert Chin, yang mewakili Thomas merayu hukuman ringan untuk Thomas kerana dia menyesal dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama pada masa hadapan.

Fauzih dan Eddy, yang tidak diwakili, turut memohon hukuman ringan.

Pendakwaan memohon hukuman lebih berat kerana mereka tidak menunjukkan penyesalan engan mengulangi kesalahan yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak dan DK Afiqah Alya PG Johari tampil untuk pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.