Penjara 60 tahun edar dadah guna servis kurier

1 Mar 2024 • 2:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang pengedar dadah yang menggunakan servis kurier untuk mengedar sejumlah 4668.1g Methamphetamine dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 60 tahun dan dikenakan 24 sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis.

Lelaki tempatan, Roderick Raymond, 22, berdepan dua pertuduhan, dengan pertuduhan pertama, dia dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan atas dakwaan mengedar 1330.9g syabu di hadapan sebuah kedai di Jalan Stephen Tan jam 2.10 petang pada 25 Mei, 2022. Dadah itu dimasukkan di dalam kotak pembesar suara yang dikirim menerusi kurier.

Bagi pertuduhan kedua, dia turut dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan kerana mengedar 3337.2 gm syabu di sebuah bilik atas kedai di Jalan Sedco Light, Batu 3 Jalan Apas sekitar jam 3.40 petang pada 25 Mei 2022. Dadah itu disimpan di bilik sewanya dan ditunjukkannya sendiri kepada pasukan polis.

Hakim Datuk Duncan Sikodol bagaimanapun, memerintahkan Roderick menjalani hukuman penjara itu serentak, namun, hukuman sebat berjalan berasingan.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Dalam penghakimannya, beliau menyatakan hukuman itu mengambil-kira kekerapan kes dadah didaftarkan di Mahkamah Tawau, sekaligus menunjukkan berlakunya peningkatan aktiviti pengedaran dadah.

“Meskipun tertuduh sudah menyesal dengan membuat pengakuan salah dan ini adalah kesalahan pertamanya serta umur (masih muda), tetapi mahkamah turut melihat kepentingan awam dan berat dadah terlibat dalam membuat keputusan,” katanya.

Tertuduh yang tidak bekerja, didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes itu mula disebut di mahkamah pada 23 Ogos, 2023.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Suhaimi Suriana dan TPR Hurman Hussain menjalankan pendakwaan, manakala tertuduh, diwakili peguam adik-beradik, Jhassary dan Jesseny P. Kang.

Mohd Suhaimi dalam hujahnya menyatakan trend hukuman bagi kesalahan dadah dengan berat seperti kes ini adalah penjara seumur hidup atau bersamaan 30 tahun, memandangkan kes melibatkan dadah semakin berleluasa di negara ini.

Malah, setakat ini terdapat 16 kes melibatkan pengedaran dadah didaftarkan di Mahkamah Tawau sahaja dan tidak termasuk tangkapan daripada agensi lain.

Terdahulu, Jhassary memohon mahkamah menjatuhkan hukuman serentak iaitu 30 tahun penjara dan 12 sebatan sahaja bagi kedua-dua kes dihadapi anak guamnya yang sebelum ini bekerja sebagai ‘personal courier’ sebelum ditangkap polis.

Ini kerana, katanya, dua kes terbabit berlaku pada hari yang sama dan dalam satu transaksi apabila penemuan dadah seperti dalam pertuduhan kedua adalah kerana ditunjukkan (diakui) sendiri oleh tertuduh.

Tambahnya, tertuduh dibesarkan dalam keluarga berpecah-belah kerana ibu bapanya sudah bercerai dan dia bersama adik lelakinya dibesarkan nenek mereka yang kini berusia 74 tahun, malah dia merupakan pemberi nafkah tunggal kepada mereka.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.