Tiga penjawat awam antara empat direman kes rasuah RM580,000

LocalPolitics
20 Jan 2026 • 9:43 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SPRM tahan empat individu, termasuk tiga pegawai kerajaan negeri, disyaki minta dan terima rasuah RM580,000 daripada syarikat jururunding.

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan empat individu termasuk tiga pegawai sebuah jabatan kerajaan negeri.

Mereka disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM580,000 daripada sebuah syarikat jururunding bagi kelengkapan kawalan pencemaran antara 2020 dan 2025.

Kesemua lelaki berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu direman lima hari hingga 24 Jan ini selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Farha Ismail.

Mereka ditahan menerusi Op Mickey di sekitar negeri ini kira-kira 5.30 petang semalam.

“Kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2020 hingga 2025 sebagai balasan menyalurkan maklumat syarikat yang mempunyai masalah sisa buang elektrik dan elektronik (e-waste),” menurut sumber.

Mereka disyaki menerima wang rasuah secara berperingkat iaitu sekali pada 2020, kira-kira RM180,000 dan dua transaksi pada Januari dan Februari 2022, masing-masing berjumlah kira-kira RM200,000.

Kesemua wang tersebut diperoleh melalui transaksi pindahan ke akaun bank seorang daripada suspek berkenaan.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan tersebut.