Tiga Penuntut UiTM Dungun Maut Dirempuh Pemandu Wanita Tak Waras

LocalFamily & Parenting
10 Oct 2024 • 12:43 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular di media sosial sebentar tadi apabila tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh sebuah SUV malam tadi. Kejadian berlaku sekitar jam 8 malam berhampiran universiti tersebut.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Khairil Anwar Jamaludin, Ku Adib Aizad Ku Azmi (masing-masing berusia 20 tahun) dan Mohd. Akmal Tukirin (25 tahun). Mangsa yang cedera parah pula dikenali sebagai Amar Danish Mohd. Ridwan, 20.

image is not available

Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang ke kampus selepas makan malam ketika kejadian berlaku.

Pemandu SUV yang merupakan seorang wanita berusia 40-an sudah ditahan. Menurut sumber yang diterima, wanita tersebut didakwa tidak waras. Apapun, kita masih menunggu siasatan lanjut dari pihak berkuasa.

image is not available

image is not available

Mayat mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Daerah Dungun, manakala mangsa yang parah telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Aplikasi X