Ibu Bapa Mangsa Maut Dirempuh SUV Berpatah Balik Dari Tunai Umrah, Bakal Tiba Petang Ini

LocalPolitics
10 Oct 2024 • 11:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malam tadi, kita dikejutkan dengan berita tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut dan seorang lagi parah akibat motosikal mereka dirempuh oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di hadapan universiti itu.

Difahamkan salah seorang mangsa yang maut, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, yang merupakan penuntut jurusan Ijazah Perakaunan, merupakan anak kepada Penolong Pengarang Berita BH, Hafizah Iszahanid manakala bapanya, Ku Azmi Saad adalah kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB) bagi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

image is not available

Ibu bapa tunai umrah berpatah pulang ke Malaysia

Ketika nahas menimpa anak mereka, pasangan ini dilaporkan dalam penerbangan ke Makkah untuk mengerjakan umrah menerusi Program Umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd yang membabitkan 127 peserta daripada kalangan kakitangan dan keluarga.

Pesawat rombongan umrah itu telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 5.35 petang semalam, dan tiba di Jeddah, 9.15 malam tadi (waktu tempatan).

Difahamkan ketika artikel ini ditulis, pasangan tersebut kini dalam penerbangan pulang semula ke Kuala Lumpur. Mereka dikatakan telah berlepas dari Jeddah jam 1.55 pagi waktu tempatan.

Menurut Bernama, suasana pilu kini menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Dungun apabila ahli keluarga dan rakan tiga penuntut UiTM Dungun yang maut malam tadi berkumpul di hospital.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa dan doakan semoga ahli keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.