Tiga rakyat Palestin ditembak mati di Jenin

10 Mar 2023 • 12:36 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

JENIN : Satu unit pasukan khas israel membunuh tiga rakyat Palestin dengan melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka di pintu masuk bandar Jabaa’, selatan bandar Jenin di Tebing Barat yang dirampas.

Tiga warga Palestin yang terbunuh dikenali sebagai Sufyan Fakhoury, 26, Nayef Malayshah, 25 dan Ahmad Fashafsha, 22.

Menurut saksi, satu unit pasukan khas israel menyelinap masuk ke bandar dan melepaskan tembakan ke arah kenderaan Palestin ketika tiga pemuda itu berada di dalam kenderaan.

Tambahnya, tentera israel menyerbu bandar itu dan menahan seorang warga Palestin selepas memecah masuk serta menggeledah rumahnya.

Dengan pembunuhan tiga pemuda itu, jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera israel sejak awal 2023 telah meningkat kepada 77, termasuk 13 kanak-kanak dan seorang wanita.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia