Tiga renjer perhutanan terperangkap dalam banjir dua hari di Beluran

LocalEnvironment
30 Jan 2025 • 1:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

BELURAN: Seramai tiga renjer perhutanan dilaporkan terperangkap dalam banjir selama dua hari dekat Kampung Bidu-Bidu, disini dan dilapor selamat selepas berjaya keluar setelah air sedikit surut dengan melalui laluan bukit.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Telupid menerusi satu kenyataan menyatakan, sejurus menerima laporan itu, tiga anggotanya bersama bot dikejarkan ke lokasi bagi membantu renjer tersebut hari ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Operasi itu kemudian ditamatkan selepas renjer itu dimaklumkan telah berjaya keluar dari kawasan banjir berkenaan.

Dalam pada itu, susulan bencana banjir, beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga telah di buka Telupid selain pemantauan di Beluran dan Kinabatangan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Pihak APM bersama Jabatan Kebajikan Am serta agensi yang lain juga membantu mangsa terlibat yang ditempatkan di PPS Kampung Bauto, Dewan Orang Ramai Kampung Kiabau, Dewan Kampung Rancangan Nangoh, Balai Raya Kampung Maau dan PPS Dewan Kampung Bambangan, Telupid.

Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Telupid, Celestine Jetony, mengisytiharkan pembukaan kesemua PPS berkenaan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Di Beluran, anggota APM bersama agensi penyelamat dan agensi berkaitan juga memantau di laluan jalan dinaiki air dan tidak dapat dilalui dan hanya pacuan empat roda di Jalan Rampik, pemantauan banjir di Kampung Balaban dan Kampung Muanad.

Manakala di Kinabatangan, APM melaporkan paras air Sungai Kinabatangan juga naik secara mendadak pagi tadi dan lima kampung terputus hubungan melibatkan Kampung Dagat, Litang, Tidung, Balat dan Sangau dan bantuan juga akan diberikan kepada mereka yang terlibat.