Tiga sekeluarga nyaris maut

LocalCars
5 Apr 2025 • 9:38 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

BEAUFORT: Tiga sekeluarga nyaris maut apabila kenderaan MG ZS yang mereka naiki hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan di Jalan Kg Meraba,di sini, Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muhammad Hasbullah Nenggok berkata pihaknya menerima panggilan melalui talian balai pada jam 9.03 malam, dan mengerahkan pasukan bersama jentera FRT dan kenderaan EMRS ke lokasi sejatuh 20km dari balai. Pasukan itu tiba pada jam 9.24 malam.

“Pasukan mendapati kemalangan membabitkan tiga lelaki berumur antara 23 dan 40 tahun. Seorang mengalami kecederaan bahu sementara dua lagi tidak cedera.

“Kesemua mangsa telah keluar sendiri dari kereta itu sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa di lokasi, sebelum menyerahkan mereka kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Supt Wong Leong Meng berkata kejadian tersebut sedang disiasat dan menasihatkan pemandu lebih berhati-hati dan melihat papan tanda di bahu jalan, khususnya di kawasan dengan jalan yang belum siap.

Beliau juga menasihatkan pemandu memandu perlahan, terutamanya semasa musim hujan.