Tiga sekeluarga termasuk pelajar Polisas maut kemalangan

25 Oct 2026 • 10:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga sekeluarga termasuk pelajar Polisas maut kemalangan

DUNGUN – Tiga sekeluarga termasuk sepasang suami isteri maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Grand Livina dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pikap syarikat utiliti di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu -Kuantan berhampiran Bukit Bauk, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 5 petang itu, mangsa, Mohamad Zulkefli Ishak,32, dan isterinya, Norshila Zali, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Adik Mohamad Zulkefli, Muhammad Alif Syukri Ishak, 18, pula menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Dungun, di sini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, sewaktu kejadian, kesemua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kampung Pasir Era, Kuala Krai, Kelantan selepas menjemput Muhammad Alif Syukri di kampus Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), Kuantan, Pahang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Grand Livina dipandu Mohamad Zulkefli dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Sebuah kenderaan pikap Toyota Hilux sebuah syarikat utiliti gagal mengelak lalu merempuh bahagian kiri kenderaan dinaiki tiga sekeluarga terbabit,” katanya di sini hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, mayat ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga sekeluarga termasuk pelajar Polisas maut kemalangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved