“Tiga suspek direman” – Penuntut IPTA Di Seri Iskandar Jadi Mangsa Puk*l Beramai-ramai

Entertainment
20 Dec 2024 • 11:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebelakangan ini, kita banyak mendengar kes buli dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Terbaru, tiga penuntut lelaki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Seri Iskandar, Perak direman tiga hari bagi membantu siasatan kes pukul beramai-ramai seorang penuntut lain di pada Ahad lalu.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, ketiga-tiga suspek yang berumur antara 18 hingga 20 tahun adalah warganegara Malaysia.

image is not available

Difahamkan, mereka ditahan selepas adanya laporan daripada seorang bapa yang mendakwa anak lelakinya yang berumur 18 tahun telah dipukul di asrama institusi itu pada Ahad lepas.

“Lebih kurang jam 6.45 petang Selasa, pihak polis telah menerima satu laporan dari ayah mangsa di mana anaknya telah dipukul beramai-ramai oleh teman sekuliah di asrama sebuah institusi pengajian tinggi di Seri Iskandar,” katanya.

Lebih menyedihkan, mangsa mengalami kecederaan pada telinga, luka dan bengkak di atas kening sebelah kanan, lebam di bahagian tangan dan kaki kiri serta kesan merah pada perut dan tengkuk.

Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku kerana perselisihan faham dan provokasi antara mereka di dalam bilik asrama dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.