Tiga tahun berkahwin, Mas Idayu didakwa sudah bercerai?

EntertainmentLifestyle
5 May 2025 • 10:20 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Spekulasi membabitkan hubungan rumah tangga penyanyi dangdut Mas Idayu menjadi bualan warganet apabila dikatakan sudah bercerai.

Mas Idayu sudah bercerai?

image is not available

Foto: Kosmo

Menurut laporan Utusan Malaysia, Mas Idayu atau nama lengkapnya Masidayu Mesnun dikatakan sudah tidak lagi menetap bersama suaminya iaitu penerbit eksekutif TV3 Muhammad Sufian Che Isa.

Khabar angin tersebut mengundang tanda tanya dan timbul kerisauan di kalangan peminat kerana pasangan ini terlihat bahagia dan tidak pernah timbul isu dalaman mahupun masalah orang ketiga yang menggoyahkan hubungan mereka.

image is not available

Foto: mStar

Namun, jika benar hubungan mereka sedang dilanda masalah dan penceraian benar berlaku tentu ada sebabnya yang mana hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Terdahulu, penyanyi lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan ini dilihat memadam gambar bersama suaminya di media sosial menyakinkan lagi dakwaan para peminat di mana hubungan rumah tangga penyanyi itu sedang dilanda masalah.

image is not available

Foto: Berita Harian

Setakat ini, dakwaan terbabit belum dapat disahkan lagi kebenarannya dan masih menunggu empunya badan menjelaskan cerita sebenar berhubung kemelut rumah tangga mereka berdua.

Untuk rekod, Mas Idayu kembali bergelar isteri setelah 15 tahun menjalani hidup solo dan menikah bersama Muhammad Sufian pada 16 September 2022.

Sumber: Utusan Malaysia (CIK BUNGA)