
MEMBAKUT: Tiga penerima di sini menerima kunci rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.
Katanya, ia merupakan hadiah kerajaan sempena menyambut Hari Krismas tidak lama lagi.
AdvertisementAntara penerima ialah Inai Inting Kalingan dari Kampung Poring Maragang), Jetrin Akang (Kg Bandau) dan Unsiu Kunsingan (Kampung Kayai.)
“Mereka bersyukur kerana dapat menduduki rumah baharu yang lebih selesa buat seisi keluarga mereka.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Rumah mereka sebelum ini terlalu uzur dan tidak sesuai untuk didiami lagi,” katanya.
Dr Ariffin berkata rakyat perlu berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kerana meluluskan pembinaan rumah itu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kerajaan tidak pernah mungkir janji dan akan memberikan rumah kepada mereka yang layak,” katanya.
Penerima Jetrin Akang berkata dia gembira menerima rumah itu dan menyifatkannya hadiah Hari Natal.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Negeri kerana memberikan kami rumah yang cukup baik untuk keluarga,” katanya
