Tiga termasuk kanak-kanak cedera terjatuh dari ‘Sotong Ride’

13 Dec 2022 • 7:57 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh daripada satu permainan ‘fun fair’ di Eco Grandeur, Puncak Alam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ramli Kasa berkata pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan telefon mengenai insiden tersebut kira-kira jam 8.50 malam.

“Ketiga-tiga mereka terjatuh dari permainan ‘Sotong Ride’ ketika sedang bergerak. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen.

Terdahulu, beberapa video dan gambar mengenai kejadian itu tular di laman sosial. - Bernama