Tiga termasuk penjawat awam direman kes tuntutan palsu

15 Jun 2022 • 2:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Tiga lelaki termasuk seorang penjawat awam ditahan reman antara dua hingga empat hari bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan ketiga-tiga lelaki itu bermula pada Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber memaklumkan kesemua lelaki berusia 22 hingga 37 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor petang semalam.

Menurut sumber, mereka disyaki terlibat dalam urusan mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu berkaitan tuntutan insurans kemalangan kereta atas seorang penama sedangkan tiada tuntutan insurans dibuat oleh penama berkenaan. - Bernama