Tiga termasuk penternak ayam edar dadah dicekup

LocalPolitics
27 Apr 2026 • 12:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga termasuk penternak ayam edar dadah dicekup
Penternak ayam antara tiga dicekup selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti mengedar dadah di hadapan sebuah rumah di Kampung Tanjung Pagar di sini pada Ahad. Gambar hiasan

SIPITANG - Penternak ayam antara tiga dicekup selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti mengedar dadah di hadapan sebuah rumah di Kampung Tanjung Pagar di sini pada Ahad.

Suspek pertama lelaki warga asing yang juga merupakan buruh binaan berusia 39 tahun dan dua lelaki lagi masing-masing berusia 29 dan 27 tahun itu ditahan bersama 77.9 gram syabu bernilai RM8,000.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintenden Awang Anak Suanda berkata, tangkapan dibuat sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang bersama Jabatan Siasatan jenayah Negeri (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah selepas menerima makumat berhubung kegiatan pengedaran dadah di daerah ini.

"Semasa serbuan dibuat, suspek bertindak cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap dan pemeriksaan lanjut barang yang diserahkan terdapat satu peket plastik lut sinar yang mengandungi plastik lutsinar pelbagai saiz, setiap satunya berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 77.9 gram.

"Soal siasat telah dijalankan terhadap suspek pertama telah mengaku syabu yang ditemui adalah miliknya.

"Susulan daripada serbuan itu, dua lagi lelaki turut ditahan selepas disyaki terlibat dan mempunyai hubung kait dengan aktiviti pengedaran dadah tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Awang Anak berkata, kesemua suspek dibawa ke Pejabat BSJN IPD Sipitang untuk siasatan dan tindakan lanjut. 

"Difahamkan, dadah yang diperoleh mereka itu dibungkus dan dijual semula di pasaran dengan nilai yang dianggarkan RM15,800.

"Bagaimanapun, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan suspek pertama yang turut didapati positif mengambil dadah disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama," katanya.