Tiga termasuk seorang wanita hamil maut, kereta terbabas

21 Nov 2024 • 8:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tiga maut dalam kemalangan berhampiran IOI Putrajaya, pada Khamis. Foto: Bomba Selangor

image is not available
Tiga maut dalam kemalangan berhampiran IOI Putrajaya, pada Khamis. Foto: Bomba Selangor

CYBERJAYA - Tiga termasuk seorang wanita hamil maut selepas kereta dinaiki terbabas berhampiran IOI Putrajaya, di sini, pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian pada jam 12.10 tengah malam.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya kemudian telah dikejarkan ke lokasi.

"Terdapat empat mangsa warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40-an iaitu dua lelaki dan dua wanita hamil dalam kereta jenis Perodua Viva terbabit.

**media[2896573]**

"Kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas sendiri," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, seorang wanita dilaporkan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Tambahnya, tiga lagi iaitu dua lelaki dan seorang wanita disahkan meninggal dunia.

"Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.