
KUDAT: Cubaan tiga warga Filipina menyeludup keluar barang kawalan dari perairan negara digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat di perairan Kudat, awal pagi pada Ahad.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat risikan Unit Perisikan Zon Maritim Kudat yang mengesan aktiviti pemunggahan minyak dan barang kawalan di sekitar perairan tersebut sekitar jam 12.13 tengah malam.
AdvertisementHasbullah berkata, bertindak atas maklumat tersebut, aset rondaan Maritim Malaysia segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan.
"Setibanya di lokasi berkenaan, sebuah bot mencurigakan dikesan berada di kedudukan kira-kira 4.2 batu nautika timur laut Pulau Tiga dan dipercayai sedang menuju ke perairan sempadan Malaysia-Filipina.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata, pihaknya segera bertindak memintas bot berkenaan lalu melakukan pemeriksaan, dan mendapati bot itu membawa enam tong berwarna biru berisi minyak petrol, 100 pek tepung gandum, dan 120 pek gula yang dipercayai untuk diseludup keluar.

