Tiga warga Indonesia didakwa edar dadah hampir 41kg

12 Jul 2023 • 5:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MELAKA: Tiga lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat hampir 41 kilogram (kg).

Ketiga-tiga tertuduh, Gunawan (tidak dinyatakan umur), Amirullah, 33, dan Suryadi, 31, yang masing-masing tiada pengenalan diri, didapati mengedar dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 40,760 gram (g) yang disenaraikan di bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di persisiran Pantai Klebang dalam daerah Melaka Tengah pada 28 Jun lepas kira-kira 10.30 malam.

Mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau maksimum 12 sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ehsan Nasarudin. Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh.

Majistret Nabilah Nizam menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. -Bernama