
Tiggo 9: SUV Mewah 7 Tempat Duduk
Chery Tiggo 9 rasmi di pasaran Malaysia hari ini dengan harga bermula dengan RM166,800 untuk pakej Flexi dan RM179,800 pakej Prime.
Pakej Prime mengandungi rebat tunai RM500, RM3,000 subsidi petrol, 1 tahun insurans percuma, 7 tahun atau 150,000km waranti kenderaan.

Selain itu, 10 tahun atau 1,000,000km waranti enjin dan 5 tahun servis percuma tanpa perlu keluarkan apa-apa bayaran.
Bagi pakej Flexi pula datang dengan 7 tahun atau 150,000km waranti kenderaan, 10 tahun atau 1,000,000km waranti enjin dan 5 tahun servis percuma.
Chery Tiggo 9 adalah SUV segmen D mewah 7 tempat duduk diperkenalkan Chery kali ini.
Tiggo 9 menggunakan enjin 2.0 TGDi dan menghasilkan kuasa 256PS dan tork 390Nm serta disatukan dengan kotak gear 7-kelajuan Dual-Clutch Transmission.
Tiggo 9: SUV Mewah
Kenapa Chery kata ini SUV mewah? Ini kerana Tiggo 9 dilengkapi dengan lebih 8 teknologi mewah.
Antara teknologi tersebut adalah 50W pengecas tanpa wayar dengan sistem penyejuk, 15.6" paparan infotainment dan 4-way Powered Adjustable Stering Column.

Selain itu, ia juga datang dengan kerusi urut, speaker khas di headrest, 14 premium speaker dari Sony dan pengawal aircond di tempat duduk tengah dan belakang.
Ciri ADAS Mewah
Tiggo 9 juga tidak mengabaikan sistem keselamatan yang mewah dan SUV ini lengkap dengan 10 bag udara dan 23 ciri ADAS.
Bagi SK, salah satu ciri bantuan pemanduan yang menarik adalah Tiggo 9 juga dilengkapkan dengan Automatic Parking Assist.
Baca juga:Bagi yang tak mahir nak masuk parkir atau malas nak masuk parkir cara manual, SK jamin ciri ini sangat membantu.
Mewah Tetap Praktikal
Walaupun Tiggo 9 penuh dengan ciri mewah, namun ia masih sebuah SUV praktikal untuk keluarga yang besar.

Ini kerana Tiggo 9 adalah SUV 7 tempat duduk, kapasiti but 143L, boleh menjadi 448L dan maksimum 2,065L jika semua tempat duduk penumpang belakang diturunkan.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Chery sekarang.



